
Sarawak mencatat tahap Rt tertinggi 1.26, diikuti Perlis (1.25), Sabah (1.19), Pulau Pinang (1.14), Kelantan (1.10), Kedah (1.08), Perak (1.06), Johor (1.05), Melaka (1.05) , Terengganu (1.03), Pahang (1.01).
Empat negeri mencatatkan tahap Rt di bawah 1 iaitu Selangor (0.96), Kuala Lumpur (0.90), Negeri Sembilan (0.85) dan Putrajaya (0.81).
Sementara itu, Labuan hanya mempunyai tujuh kes baharu.
Kementerian Kesihatan melaporkan 17,672 jangkitan Covid-19 hari ini, menunjukkan kadar penurunan daripada 19,807 semalam.
Jumlah jangkitan kini adalah 1,572,765 dengan 260,700 kes aktif. Daripada jumlah itu, 1,040 sedang menerima rawatan intensif dan 502 memerlukan bantuan pernafasan.