
Noor Hisham berkata di bawah naungan Abdullah yang kehilangan isteri Endon Mahmood akibat barah payudara pada 2005, sebuah tapak telah dikenal pasti dan diluluskan untuk pembangunannya.

Menurutnya, lokasi tapak di Presint 7, Putrajaya cukup strategik bersebelahan dengan Hospital Putrajaya dan Putrajaya Sentral.
“Ketika itu saya telah diberikan wasiat dan tanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan IKN demi manfaat orang ramai.
“Abdullah banyak berjasa dalam pembangunan modal insan di Kementerian Kesihatan (KKM) dan memberi bantuan kepada pesakit kanser,” katanya di Facebook.
Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada 7.10 petang semalam di Institut Jantung Negara (IJN) setelah kesihatannya merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Beliau memikul amanah perdana menteri dari Oktober 2003 hingga April 2009.
Dilengkapi peralatan canggih dan teknologi maklumat terkini, IKN merangkumi aspek diagnostik dan rawatan khusus dalam menangani pelbagai penyakit kanser.
Perkhidmatan utama disediakan ialah radioterapi & onkologi, perubatan nuklear, pembedahan onkologi dan perawatan Paliatif selain klinik pakar, rawatan harian serta sokongan klinik.