
Dalam hantaran di Facebook, Ismail berkongsi gambar Muhaini yang sedang memakaikan butang Baju Melayu sebelum beliau mengangkat sumpah di Istana Negara semalam, bersama keterangan gambar mengenai isterinya yang dipanggil Nani.
“Isteri adalah orang yang sentiasa ada di sisi saya sejak berkawan dengan dia sejak berumur 19 tahun. Saya menyertai politik pada tahun 1986, pada umur 26 tahun dan waktu itu kami baru saja mendirikan rumah tangga.”
Beliau menyifatkan isterinya seorang yang sangat ringkas dan tidak mahu mencari perhatian orang.
“Terima kasih, Nani, kerana sentiasa berada di sisi saya, daripada tidak ada apa-apa sehinggalah ke hari ini.”
Ismail dilantik sebagai perdana menteri kesembilan susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin pada Isnin.