Lepasan SPM rugi RM5,350 terpedaya tawaran kerja bungkus batu jed

Lepasan SPM rugi RM5,350 terpedaya tawaran kerja bungkus batu jed

Mangsa dikatakan menggunakan wang milik ibunya untuk melakukan pembayaran menerusi lima transaksi bermula 14 Julai hingga 13 Ogos lepas ke dua akaun bank tempatan.

Polis berkata, gadis berusia 18 tahun itu mendakwa melihat iklan kerja berkenaan di Facebook dan kemudian berurusan dengan seorang individu melalui aplikasi WhatsApp mengenainya.
SEREMBAN:
Seorang gadis lepasan Sijil Pelajaran Malaysia di sini, kerugian RM5,350 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan membungkus batu jed menerusi laman sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Aidi Sham Mohamed berkata, gadis berusia 18 tahun itu mendakwa melihat iklan kerja berkenaan di Facebook dan kemudian berurusan dengan seorang individu melalui aplikasi WhatsApp mengenai perkara itu.

“Mangsa (gadis) dimaklumkan supaya membuat bayaran pendaftaran sebanyak RM350 dan akan dibekalkan tujuh beg dengan setiap beg mengandungi 5,000 batu jed yang perlu dibungkus dalam tempoh 45 hari serta dijanjikan bayaran sebanyak RM5,000.

“Mangsa dikatakan menggunakan wang milik ibunya untuk melakukan pembayaran menerusi lima transaksi bermula 14 Julai hingga 13 Ogos lepas ke dua akaun bank tempatan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,350,” katanya dalam kenyataan.

Aidi Sham berkata, selepas bayaran selesai dilakukan, mangsa mendakwa gagal menerima barangan itu, selain terus diminta melakukan pembayaran sebagai yuran ejen.

Beliau berkata, mangsa yang menyedari ditipu kemudian membuat laporan polis pada 13 Ogos lepas dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Orang ramai dinasihati tidak mudah terpengaruh dengan tawaran kerja bergaji tinggi, selain membuat semakan nombor http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ sebelum membuat sebarang transaksi serta menyemak latar belakang syarikat terlebih dahulu.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.