PKPD di 5 lokaliti bermula Jumaat ini

PKPD di 5 lokaliti bermula Jumaat ini

PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.

PETALING JAYA:
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad berkata lima lokaliti di Johor dan Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 20 Ogos hingga 2 September ini.

Beliau berkata PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti-lokaliti tersebut.

Pelaksanaan PKPD bermula 20 Ogos hingga 2 September seperti berikut:

Johor

  • Ladang Sungai Kahang, Kluang.

Sabah

  • Kampung Tanjung Pagar, Sipitang, Setinggan Kampung Baru Luyang Penampang, Kampung Padang Tembak, Keningau, dan Kampung Jawa, Tawau.

Penamatan PKPD pada 19 Ogos

  • Taman Sri Kebakat, Tumpat, Kelantan.
  • Kampung Belum Baru, Hulu Perak, Perak.
  • Kampung Menteri, Kuala Sepetang, Mukim Matang, Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Perak.
  • Dua Kilang Comfort Rubber Glove dan Asrama Kilang Comfort Rubber, Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Perak.
  • Taman Puteri, Kluang, Johor.
  • Kampung Kuala Mengalong, Sipitang, Sabah.
  • Dua lokaliti, Kunak, Sabah iaitu Perumahan Ladang Mostyn dan Kampung Kasnuri.
  • Dua lokaliti di Kota Kinabalu, Sabah iaitu di Kampung Tanjung Aru Lama dan Universiti Apartment 1.
  • Kampung Bukit Merbau, Mukim Bukit Jawa, Daerah Pasir Puteh, Kelantan.
  • Kampung Baru, Pupoh, Pasir Puteh, Kelantan.
  • Kampung Wek Batu 23, Labok, Machang, Kelantan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.