Kes denggi turun 21.8%, 1 kematian dicatat

Kes denggi turun 21.8%, 1 kematian dicatat

Sejumlah 22 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding enam kematian bagi tempoh sama 2022.

Kumulatif kes demam denggi meningkat kepada 35,202 kes berbanding 11,921 kes bagi tempoh sama tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 23,281 kes atau 195.3%. (Gambar Pixabay)
PETALING JAYA:
Jumlah kes demam denggi berkurangan kepada 1,877 kes minggu lalu berbanding 2,399 kes minggu sebelumnya, dengan satu kematian dicatatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Radzi Abu Hassan berkata penurunan itu sebanyak 522 kes atau 21.8%.

Sehingga kini, katanya, kumulatif kes demam denggi meningkat kepada 35,202 kes berbanding 11,921 kes bagi tempoh sama tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 23,281 kes atau 195.3%.

“Sejumlah 22 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding enam kematian bagi tempoh sama 2022, iaitu peningkatan sebanyak 16 kematian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, 116 lokaliti hotspot dilaporkan minggu ini berbanding 109 lokaliti pada minggu sebelumnya, dengan 62 lokaliti di Selangor, Pulau Pinang (32), Sabah (8), Kuala Lumpur dan Putrajaya (7), Perak (3), Kedah (2) dan masing-masing satu di Sarawak serta Labuan.

Radzi berkata, survelan chikungunya pula merekodkan tiga kes minggu lalu, dengan dua kes dari Selangor serta satu dari Kuala Lumpur dan Putrajaya, menjadikan keseluruhan 120 kes sehingga kini.

“Bagi survelan zika, 888 sampel darah dan 33 sampel urin menjalani saringan zika dan hasil semuanya negatif.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.