
Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed berkata, dalam tempoh itu juga tiga ahli keluarga polis di Kontinjen Selangor meninggal dunia akibat pandemik berkenaan, manakala 331 anggota serta pegawai dikuarantin kerana positif Covid-19 dan 312 lagi diarahkan menjalani kuarantin kerana disyaki menjadi kontak rapat.
“Keseluruhan pegawai kanan, anggota dan ahli keluarga yang disahkan positif sejak 16 Mac tahun lepas hingga semalam adalah 910 orang dan mereka yang diarahkan kuarantin adalah 4,332 orang,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
Beliau berkata, setakat Sabtu lepas, pihaknya mengeluarkan 2,063 kompaun berkaitan usaha memerangi pandemik dengan kesalahan utama adalah rentas negeri, gagal mengimbas aplikasi MySejahtera dan tiada penjarakan fizikal sepanjang Fasa 1 dalam Pelan Pemulihan Negara di Selangor.