19,991 kes Covid-19, 201 kematian

19,991 kes Covid-19, 201 kematian

Ketua Pengarah Kesihatan D Noor Hisham Abdullah Noor Hisham berkata, jumlah jangkitan kini adalah sebanyak 1,299,767

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan melaporkan jangkitan harian Covid-19 menunjukkan peningkatan kembali dengan 19,991 kes baharu berbanding semalam 17,236, manakala 201 kematian direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat kes 230,762 aktif dengan 1,096 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 570 memerlukan bantuan pernafasan.

Noor Hisham berkata, jumlah jangkitan kini adalah 1,299,767 manakala, kes sembuh pula sebanyak 16,258 dengan 1,057,843 jumlah kumulatif.

Sementara itu, sebanyak 201 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 11,162 kes.

Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 7,338 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (2,374), Kedah (1,830), Sabah (1,383), Johor (1,344), Kelantan (1,030), Perak (953), Sarawak (836), Pulau Pinang (743), Melaka (578), Negeri Sembilan (564), Pahang (539), Terengganu (378), Putrajaya (76), Perlis (24) dan Labuan (1).

Hisham berkata, bagi kes kematian ia melibatkan 87 kes di Selangor, 37 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 20 kes di Johor, 14 kes di Perak, 12 kes di Sabah dan 10 kes di Pulau Pinang.

Manakala, lapan kes di Melaka, lima kes di Negeri Sembilan, masing-masing tiga kes di Kedah dan Sarawak dan dua kes di Terengganu.

“Kes kematian itu membabitkan 163 warganegara dan 38 orang bukan warganegara,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata berdasarkan data terkini pada 9 Ogos, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.06. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.33) diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.24), dan Terengganu (nilai RT 1.18).

“Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.