
Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Hishammuddin Hussein dalam kenyataan hari ini, memaklumkan berkenaan lokaliti-lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD.
Pelaksanaan PKPD bermula 3 hingga 16 Ogos adalah seperti berikut:
Terengganu;
- Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan, Mukim Jabi, Besut
- Sembilan lokaliti di Dungun membabitkan Kubang Miang; Teratai; Teluk Lipat; Alor Tembesu; Sura Utara; Batu 48; Sura Gate; Bukit Chatak; dan Tembesu Akar
- Sebanyak 11 lokaliti di Mukim Sura, Dungun melibatkan Batu 5; Sura Tengah; Alor Tempoyak; Taman Rakyat Jaya; Taman Delima Batu 6; Balai Besar; Sura Melati; dan Batu 7; Paya Balai Besar; Pak Sabah; dan Sura Lapangan Terbang
Sabah;
- Perumahan Ladang Hibumas 2, Mukim Sungai-Sungai, Beluran
- Kampung Tagibang, Kota Marudu
Pelanjutan PKPD pada 3 hingga 16 Ogos
- Kampung Lepah dan Kampung Alor Hijau, Mukim Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan
- Ladang Agathis, Kalabakan, Sabah
- Kampung Nosoob, Penampang, Sabah
- Kampung Gusung, Likas, Sabah
- Kampung Bakalau, Beaufort, Sabah
Penamatan PKPD pada 2 Ogos
- 10 lokaliti di Mukim Batang Padang, Batang Padang, Perak iaitu Taman Tapah/Taman Bunga Raya/ Kampung Datuk; Taman Sri Tapah; Kampung Baru Kampung Pahang; Kampung Tanah Mas; Taman Sri Damai 1 & Taman Sri Damai 2; Taman Sri Asoka; Kampung Batu 5 Tapah Road; Kampung Batu Melintang; Taman Tapah 2 dan Kampung Baru Pekan Getah
- Tiga lokaliti di Mukim Bidor, Batang Padang, Perak iaitu Taman Awam 3 Bidor/ Taman Permata Bidor; Taman Sri Bidor; Taman Bidor Jaya/Kg Cegar Tambahan/Kg Cegar
- Dua lokaliti di Mukim Batu Kurau, daerah Larut, Matang & Selama, Perak iaitu Kampung Batu 19 ½ dan Kampung Batu 20
- Taman Melor Fasa 1, Hilir Perak, Perak
- Kampung Serudung Baru, Tawau, Sabah
- Tiga lokaliti dalam mukim Likas, Kota Kinabalu, Sabah iaitu Taman Teluk Likas; Taman Kurnia Jaya; dan Kuarters Kilang Permai Kaya
- Dua lokaliti di Sipitang, Sabah iaitu Kampung Long Kiangan dan Kampung Ranau-ranau
- Dua perkampungan di Sipitang, Sabah iaitu Kampung Solob dan Kampung Tunas Baru
- Kampung Muhibbah, Beaufort, Sabah
- Kampung Dandulit Matunggong, Kudat, Sabah
- Kampung Orang Asli Ruai, Batu Talam, Raub, Pahang
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, 235 orang ditahan kerana mengingkari SOP, dengan 207 daripadanya dikompaun dan 28 lagi direman.
Katanya, 59 premis membabitkan kilang, tapak perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP.
Beliau berkata, dua pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan lima kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng semalam.