
Bekas naib presiden Umno memaklumkan perkara itu selepas menerima surat penggantungan daripada Setiausaha Agung Ahmad Maslan hari ini.
“Baru sahaja menerima surat rasmi bertarikh semalam berhubung penggantungan keahlian Umno saya. Tiada sebab penggantungan dinyatakan,” katanya di Facebook.
Surat itu turut dimuat naik di Facebooknya.
Surat bertarikh 30 Jan dihantar Ahmad itu hanya menyatakan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memutuskan penggantungan keahlian Umno Hishammuddin selama enam tahun bermula 27 Jan lalu.
“Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat MKT pada 27 Jan 2023 telah memutuskan bahawa YB (Hishammuddin) digantung hak-hak keahlian dalam parti bawah Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 Perlembagaan Umno kerana tindakan YB melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan Umno,” kata Ahmad menerusi surat rasmi kepada Hishammuddin.
Sebelum ini Umno memaklumkan bekas ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan bekas ketua Umno Selangor Noh Omar dipecat atas pelanggaran disiplin parti mengikut perlembagaan parti kerana kesalahan ketika PRU15.
Sementara itu, Ahmad berkata keahlian Hishammuddin, bekas ketua penerangan Shahril Hamdan, bekas Ahli Parlimen Jempol Salim Sharif dan pemimpin Umno Tebrau Maulizan Bujang digantung selama enam tahun.