Takut ditahan, 2 lelaki positif dadah nekad buat ‘U-turn’

Takut ditahan, 2 lelaki positif dadah nekad buat ‘U-turn’

Kedua-dua suspek direman selama tiga hari sehingga Khamis dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 26(2) Akta Polis 1990.

Menurut polis, ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis metamfetamin.
KUALA LUMPUR:
Akibat berada di bawah pengaruh dadah, dua lelaki yang menaiki sebuah kereta nekad membuat pusingan U menghala Lebuhraya Sultan Iskandar dalam usaha mengelak daripada ditahan polis semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Parlimen pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah berkata, kedua-dua suspek berusia 25 tahun yang menaiki kereta jenis Perodua Alza berwarna putih itu tidak memberhentikan kenderaan di SJR kerana takut ditahan polis.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis metamfetamin.

“Semakan lanjut mendapati seorang daripada suspek mempunyai 12 rekod kesalahan berkaitan dadah manakala seorang lagi mempunyai dua rekod kesalahan sama.

“Polis juga sedang mengesan pemilik kereta Perodua Alza berkenaan untuk dirakam keterangan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mohamad Zainal berkata, kedua-dua suspek direman selama tiga hari sehingga Khamis dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 26(2) Akta Polis 1990.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.