
Kempen yang tular di media sosial itu mengajak individu, terutama isi rumah yang bergelut dengan masalah kewangan supaya meminta pertolongan tanpa rasa takut atau malu dengan mengibarkan atau menggantung bendera putih di depan rumah sebagai isyarat memerlukan bantuan segera.
Senarai tambahan terkini adalah seperti berikut:
1. Rotary Club of Greater KL
Kelab ini bekerjasama dengan UBB Amanah Berhad untuk menyediakan bekalan makanan selama sebulan kepada 700 keluarga di Kuala Lumpur dan Selangor.
Hubungi: 0163131341 atau 0183944904 atau 0197366105
2. Street Kitchen
Inisiatif ini adalah kolaborasi antara restoran D’Legasi dan Warisan di Ipoh serta dua badan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Sahabat Perak dan Padu Perak yang membekalkan nasi, ikan, ayam atau daging dan sayur yang sudah dimasak untuk diagihkan kepada golongan memerlukan.
Hubungi: Laman Facebook DW MakanPlace
3. Elegant Clinic
Klinik di Kuala Lumpur ini membuka sebuah bank makanan di pekarangan premis mereka. Orang ramai boleh datang dan mengambil barangan makanan disediakan.
Untuk maklumat lanjut, hubungi: Laman Facebook Elegant Clinic
4. Haier
Syarikat barangan elektrik ini akan mengagihkan bakul makanan kepada cawangan terpilih bermula 22 Julai hingga 24 Julai.
Pulau Pinang: Lean Ee Lee (LEL Group), Bukit Mertajam – 04-5397978
Pulau Pinang: Weely Electrical, Simpang Empat- 04-5883113
Kelantan: Kemudi Timur, Lundang – 013-4266018

5. #OPPOCare4U Campaign
OPPO menyediakan bank makanan di beberapa negeri seperti Kelantan, Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Sabah, dan Sarawak. Kempen akan berakhir pada 26 Julai.