
Kejadian kira-kira 1 tengah hari tadi tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan.
Dalam rakaman video hampir seminit itu, orang ramai termasuk pemandu teksi di tempat kejadian hanya mampu melihat tindakan lelaki berusia lingkungan 60-an terbabit yang dikatakan mengamuk.
Klip video itu kemudian tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai persoalan berhubung punca sebenarnya.
Ada yang cuba mengaitkan kes itu dengan hilang pertimbangan akibat kesan penularan Covid-19 yang menjejaskan kehidupan sebahagian masyarakat.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, George Abd Rakman ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian untuk tindakan lanjut.