Anda perlukan bantuan? Ini senarai tambahan sempena kempen Bendera Putih

Anda perlukan bantuan? Ini senarai tambahan sempena kempen Bendera Putih

Berikut adalah senarai terbaharu bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bantuan.

PETALING JAYA:
Kempen “#BenderaPutih” adalah inisiatif rakyat bagi membantu mereka yang sangat memerlukan bekalan makanan dan bantuan lain susulan krisis kesihatan dan ekonomi Covid-19 yang semakin buruk.

Kempen yang tular beberapa hari lalu di media sosial itu mengajak mereka yang bergelut dengan masalah kewangan isi rumah supaya meminta pertolongan tanpa rasa takut atau malu dengan mengibarkan atau menggantung bendera putih di depan rumah mereka sebagai isyarat memerlukan bantuan segera.

Senarai di bawah adalah tambahan terbaharu kepada bantuan yang pernah dilaporkan FMT sebelum ini:

1) Dapur Jalanan

Dibuka pada Ahad, 5.30 petang, mana-mana individu di Kuala Lumpur digalakkan mengambil sumbangan makanan di Jalan Panggung.

Dapur Jalanan juga mengalu-alukan sumbangan untuk menyokong inisiatif bantuan ini.

Hubungi mereka di Twitter: @DapurJalanan

2) Gladius Mobile Aid

Jika anda terputus bekalan makanan atau mengetahui ada pihak yang tidak cukup bekalan, sila hadir ke bank makanan yang dikendalikan oleh Gladius Mobile di Nasi Kerabu Ma Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Kepada pihak berkenaan yang ingin menyalurkan bantuan bagi membantu inisiatif mereka, sumbangan boleh didermakan di:

Gladius Agency 5141 6966 4408 (Maybank)

Hubungi: 012-6875209 (Fasha)

3) Pertubuhan Madinah Prihatin

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan ini menubuhkan bank makanan di Raub, Pahang. Sumbangan digalakkan bagi membantu inisiatif bendera putih secara berterusan.

Hubungi: 019-6573445 (Ustaz Shahrizan) atau 011-16507469 (Fahmi)

Untuk keterangan lanjut, lawati laman Facebook: Pertubuhan Madinah Prihatin

4) Restoran Thai Mama

Restoran yang terletak di Taman Paramount, Petaling Jaya, juga menyediakan bank makanan kepada individu yang tinggal berdekatan.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman Facebook: Thai Mama

5) Restoran Kin Thai

Restoran ini pula yang terletak di OUG Park, Kuala Lumpur, menyediakan bank makanan di restoran mereka.

Golongan memerlukan bekalan makanan boleh menghubungi talian: 012 956 3525.

Pihak restoran turut mengalu-alukan sumbangan berupa makanan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook: Kin Thai.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.