Kerana mahukan duit lebih dari suami, isteri sanggup buat laporan palsu disamun

Kerana mahukan duit lebih dari suami, isteri sanggup buat laporan palsu disamun

Helah wanita berusia 40 tahun itu memakan diri selepas laporan perubatan mendapati kecederaan yang dialaminya adalah disebabkan objek tumpul atau pukulan sendiri.

Ketua Polis Daerah Dungun, Baharudin Abdullah berkata, pihaknya akan membuka kertas siasatan terhadap wanita berkenaan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.
PETALING JAYA:
Hanya semata-mata mahu mendapat wang belanja lebih dari suami untuk kegunaan peribadi, seorang suri rumah sanggup membuat laporan palsu kononnya dia disamun di kediamannya dekat Dungun, Rabu lalu.

Bagaimanapun, helah wanita dari Perumahan Kilang Sawit Kertih 6, Ketengah Jaya itu memakan diri selepas pemeriksaan dan laporan perubatan mendapati kecederaan dialaminya disebabkan oleh objek tumpul dan pukulan sendiri.

Ketua Polis Daerah Dungun Baharudin Abdullah berkata, pihaknya akan membuka kertas siasatan terhadap wanita berkenaan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu, lapor Utusan Malaysia.

“Selang tujuh jam laporan polis dibuat, doktor mengesahkan tiada kesan calar di kepalanya manakala kesan bengkak yang dialami bukan disebabkan oleh batang logam.

“Soal siasat telah dibuat dan dia mengaku membuat laporan palsu hanya kerana memerlukan duit lebih daripada suami,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rabu lalu, suri rumah berkenaan membuat laporan polis kononnya dia kerugian lebih RM2,000 kerana disamun seorang lelaki ketika berseorangan di kediamannya di samping turut mendakwa dipukul dengan sebatang besi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.