Saya tak tandatangan perakuan tarik sokongan kepada Muhyiddin, kata Zahidi

Saya tak tandatangan perakuan tarik sokongan kepada Muhyiddin, kata Zahidi

Zahidi Zainul Abidin berkata, beliau juga tidak tahu apa yang diputuskan ahli MKT lain, selepas seorang demi seorang dipanggil sebelum ini.

Zahidi Zainul Abidin berkata, beliau tidak menyokong keputusan Umno menarik sokongan kepada Muhyiddin Yassin.
PETALING JAYA:
Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno berkata, beliau tidak menandatangani perakuan menyokong keputusan partinya menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Zahidi Zainul Abidin yang juga Ahli Parlimen Padang Besar memberitahu FMT, beliau tidak tahu apa yang diputuskan ahli MKT lain, selepas seorang demi seorang dipanggil sebelum ini.

“Saya tidak tandatangan untuk tarik sokongan kepada Muhyiddin, yang mana (MKT) tandatangan itu mungkin sokongan apa yang diputuskan.

“Saya juga tidak tahu siapa yang sokong, siapa yang tidak sokong, sebab ahli-ahli MKT dipanggil seorang-seorang (sebelum ini),” katanya yang tidak menyokong keputusan Umno menarik sokongan kepada Muhyiddin.

Malam tadi, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan mesyuarat MKT memutuskan parti berkenaan secara rasmi menarik balik sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri serta-merta.

Katanya, Umno turut menggesa Muhyiddin meletak jawatan atas kegagalannya memenuhi garis panduan ditetapkan parti itu sebagai syarat meneruskan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.