
Menurut sumber, penolong pentadbiran berusia 40-an itu dipercayai meminta habuan daripada sebuah syarikat perkapalan di satu pelabuhan, di sini.
Lelaki itu ditahan selepas hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di sini, jam 9 pagi tadi.
Pengarah SPRM negeri S Karunanithy mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, esok.
Dalam perkembangan berasingan, SPRM turut menahan seorang pemandu lori kerana disyaki menawarkan rasuah RM1,000 kepada seorang anggota polis di Tawau.
Difahamkan, lelaki berusia 40-an itu cuba menawarkan wang untuk melepaskan abang angkatnya yang telah ditahan kerana judi ayam.
Karunanithy berkata, lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan dan akan didakwa di mahkamah di Tawau tidak lama lagi.