
Platform dalam talian itu akan menghimpunkan cadangan dan kertas kerja yang dikemas kini secara berkala serta memfokuskan untuk mempromosi penciptaan idea serta menggalakkan kerjasama antara kerajaan, masyarakat, ahli akademik dan pemain industri.
Ia juga akan menyediakan platform untuk pelajar dan komuniti mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dengan bimbingan institusi pendidikan tinggi (IPT) dan mewujudkan peluang untuk meningkatkan kualiti hidup di Malaysia.
Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad percaya pentingnya mendidik pelajar “bagaimana”, bukannya apa yang harus difikirkan.
“Ini akan mendorong rasa ingin tahu seseorang tentang persekitarannya. Ada kalanya belajar bagaimana berfikir dapat menghasilkan idea baharu. Pengarang Amerika Syarikat, Earl Nightingale pernah berkata, “semuanya bermula dengan idea”.
“Dalam banyak perbincangan dan pertemuan yang saya hadiri setiap hari, saya sering mendengar istilah ‘berfikir di luar kotak’.

“Saya kaitkan istilah ini dengan memikirkan idea baharu untuk penyelesaian masalah. Malaysia merupakan ‘rumah’ bagi ramai individu yang kreatif, inovatif dan mempunyai idea luar biasa. Idea kreatif tentang bagaimana untuk menangani cabaran yang dihadapi negara ini,” katanya kepada FMT.
Walaupun menghadapi ketidaktentuan akibat pandemik, Noraini mendapati Malaysia mampu menunjukkan keupayaannya di pentas dunia dengan meningkat dua tangga dalam Indeks Inovasi Global dari tempat ke-35 pada 2019 ke tangga ke-33 tahun lalu.
“Tahun lalu, anggota IPT kita menmbangunkan lebih 115 produk inovatif dan 27 sistem aplikasi untuk pengurusan Covid-19. Semua pencipta mempunyai satu persamaan: semuanya bermula dengan idea.
“Diharapkan semua pihak dapat mengambil kesempatan untuk memanfaatkan platform dalam talian ini. Ia merupakan medium yang strategik supaya idea anda didengari.
“Dalam tempoh pandemik yang pertama kali kita alami ini, pembangunan penyelidikan dan inovasi negara serta menetapkan asas kukuh untuk kesejahteraan masyarakat lebih penting daripada sebelumnya.
“Tanpa ragu, apabila idea yang dikongsi kelak dilaksanakan, negara kita akan maju sepenuhnya. Selari dengan kata-kata bijak pencipta hebat, Thomas Edison, ‘nilai sesuatu idea adalah dalam penggunaannya’.”
Pelancaran “Festival of Ideas 2021” akan diadakan esok dan disiarkan secara langsung di Facebook Kementerian Pengajian Tinggi. Platform berkenaan boleh dilayari di sini.