Kanak-kanak perempuan ditetak bapa saudara meninggal dunia

Kanak-kanak perempuan ditetak bapa saudara meninggal dunia

Kejadian yang dikatakan berlaku di sebuah kampung dekat Kuala Selangor itu menjadi tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Ramli Kasa berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.
PETALING JAYA:
Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas bertarung nyawa akibat ditetak bapa saudara sendiri dalam kejadian yang dikatakan berlaku di sebuah kampung dekat Kuala Selangor, hari ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Ramli Kasa berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

“Maklumat lanjut akan dimaklumkan selepas siasatan dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kejadian itu menjadi tular hari ini berikutan seorang pengguna Facebook memuat naik status berkenaannya, menyifatkan kejadian itu sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Maaf, saya orang luar mungkin tak layak berkata-kata, tapi hati saya pedih bila dapat berita macam ini.

“Sampai bila hendak biarkan kampung sana jadi port (penagihan dadah). Kalau ada saudara sendiri yang ambil barang (dadah), tolonglah hantar mereka ke pusat pemulihan.

“Jangan biarkan nyawa anda dan anak-anak jadi taruhan bila putus bekalan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.