Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka terbaharu itu menjadikan jumlah jangkitan setakat ini 728,462 kes.
Selangor sekali lagi mencatatkan jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 2,108 kes, diikuti oleh Negeri Sembilan (741), Kuala Lumpur (628), Sarawak (491), Melaka (355), Johor (329), Pahang (220), Sabah (189), Kedah (186), Pulau Pinang (160), Perak (137), Kelantan (103), Labuan (99), Terengganu (29), Putrajaya (24) dan Perlis (4).
Daripada jumlah kes baharu itu, 10 kes import dan baki 5,793 adalah penularan tempatan.
Katanya, terdapat 60,646 kes aktif, dengan 435 daripada 866 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.
Kes sembuh pula mencatatkan 5,193 dengan jumlah kumulatif sebanyak 662,932 kes manakala jumlah keseluruhan kematian setakat ini 4,884.
Selain itu, Hisham berkata sebanyak 81 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 30 kes di Selangor, 14 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 12 kes di Johor, sembilan kes di Negeri Sembilan, lima kes di Sarawak, masing-masing tiga kes di Pahang dan Melaka dua kes di Wilayah Persekutuan Labuan, serta masing-masing satu kes di Pulau Pinang, Kedah, dan Terengganu.
“Kes kematian itu membabitkan 78 warganegara dan tiga bukan warganegara.
“Korban termuda berusia 31 tahun manakala paling tua berusia 97 tahun dengan majoritinya mempunyai sejarah penyakit kronik seperti kencing manis, jantung, darah tinggi, buah pinggang dan strok.” katanya.