5,812 kes Covid-19, 82 kematian, 870 pesakit di ICU

5,812 kes Covid-19, 82 kematian, 870 pesakit di ICU

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah jangkitan setakat ini 722,659 kes.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 5,812 kes baharu Covid-19 dengan 82 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah jangkitan setakat ini 722,659 kes.

Selangor terus mencatatkan jangkitan tertinggi dengan 2,187 kes.

Ini diikuti Kuala Lumpur (771), Sarawak (673), Negeri Sembilan (658), Pulau Pinang (270, Melaka (223), Johor (196), Kedah (186), Sabah (156), Pahang (139), Labuan (123), Kelantan (98), Perak (72), Terengganu (46) dan Putrajaya (14).

Perlis adalah satu-satunya negeri yang tidak mencatatkan kes hari ini.

Daripada jumlah kes baharu itu, 32 merupakan kes import dan baki 5,780 adalah penularan tempatan.

Katanya, terdapat 60,117 kes aktif dengan 433 daripada 870 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula adalah sebanyak 6,775 dengan jumlah kumulatif sebanyak 657,739 kes manakala jumlah keseluruhan kematian setakat ini 4,803.

Noor Hisham berkata, 82 kes kematian hari ini melibatkan 31 kes di Selangor, 18 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lapan di Johor, lima di Negeri Sembilan, empat di Sarawak, masing-masing tiga kes di Wilayah Persekutuan Labuan, Pahang, dan Kedah.

Katanya, masing-masing dua kes di Pulau Pinang dan Kelantan, serta masing-masing satu kes di Sabah, Perak dan Melaka.

“Kes kematian itu membabitkan 71 warganegara dan 11 bukan warganegara.

“Korban termuda berusia 24 tahun manakala paling tua berusia 89 tahun dengan majoritinya mempunyai sejarah penyakit kronik seperti kencing manis, jantung, darah tinggi, buah pinggang dan strok,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.