Ingkar SOP, kilang proses sarung tangan diarah tutup, kompaun RM25,000

Ingkar SOP, kilang proses sarung tangan diarah tutup, kompaun RM25,000

Pemeriksaan mendapati premis itu beroperasi dengan kapasiti kehadiran pekerja melebihi 60% dan melanggar SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

Ketua Polis Daerah Taiping, Osman Mamat, berkata premis itu diarahkan ditutup bermula hari ini hingga 27 Jun dan tindakan diambil mengikut Seksyen 18(1)(f) Akta 342 dan Seksyen 22(b) Akta 342.
PETALING JAYA:
Sebuah kilang memproses sarung tangan getah di Kamunting Raya Industrial, Taiping, Perak, diarahkan tutup serta-merta dan dikompaun RM25,000 kerana gagal mematuhi SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Polis Daerah Taiping, Osman Mamat, berkata tindakan diambil menerusi operasi dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping, dibantu Unit Penguatkuasa Pejabat Kesihatan Daerah Taiping ke atas premis itu pada 10 pagi hari ini.

“Pemeriksaan mendapati premis tersebut beroperasi dengan kapasiti kehadiran pekerja melebihi 60% dan melanggar SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dalam kawasan PKP 3.0.

“Pemeriksaan juga mendapati pemilik premis mengemukakan maklumat tidak tepat mengenai kontak rapat dan maklumat lokasi jangkitan sebenar kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah Taiping,” katanya menurut laporan Bernama.

Osman berkata, premis berkenaan diarahkan ditutup bermula hari ini hingga 27 Jun dan tindakan diambil mengikut Seksyen 18(1)(f) Akta 342 dan Seksyen 22(b) Akta 342.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.