Jumlah suntikan vaksin melebihi 5 juta dos, kata Adham

Jumlah suntikan vaksin melebihi 5 juta dos, kata Adham

Jumlah penerima dos pertama ialah ialah 3,632,195, manakala 1,476,753 lagi penerima dos kedua.

PETALING JAYA:
Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) merekodkan jumlah pemberian suntikan vaksin Covid-19 mencecah 5.1 juta dos setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Beliau menerusi Twitter berkata, daripada jumlah itu, seramai 3,632,195 adalah penerima dos pertama, manakala 1,476,753 lagi adalah penerima dos kedua.

“Semalam sebanyak 204,839 dos diberikan membabitkan 196,775 bagi dos pertama dan 8,064 bagi penerima dos kedua,” katanya.

Setakat ini jumlah pemberian harian vaksin yang mencatatkan rekod tertinggi dengan 215,876 dos adalah pada 15 Jun.

Daripada, 5,108,948 dos yang diberi, Kuala Lumpur mencatatkan jumlah tertinggi dengan 625,467 dos pertama, manakala 132,417 dos kedua, diikuti Selangor, Sarawak, Johor, Sabah, Perak, dan Kedah.

Sebelum ini Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, kerajaan menyasarkan untuk memberi purata 150,000 vaksin sehari bulan ini sebelum ditingkatkan kepada 200,000 suntikan sehari menjelang bulan depan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.