Padah lepak atas jambatan selepas joging, 54 individu dikompaun

Padah lepak atas jambatan selepas joging, 54 individu dikompaun

Individu terbabit masing-masing dikenakan kompaun RM2,000.

PETALING JAYA:
Padah berkumpul dan melepak atas jambatan selepas berjoging, 54 individu masing-masing dikenakan kompaun RM2,000 di Jambatan Raja Muda Nala, Klang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Shamsul Amar Ramli berkata, tindakan dijalankan berdasarkan aduan orang awam terhadap aktiviti di lokasi berkenaan.

“Apabila tiba di lokasi aduan, polis mendapati ramai orang awam parkir kenderaan berdekatan tempat halangan batu dan berjoging serta melepak di atas Jambatan Raja Muda Nala yang ditutup susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 1 Jun lalu.

“Semua individu yang dikenakan kompaun berumur lingkungan 17 hingga 40 tahun.

“Siasatan juga mendapati individu yang dikenakan kompaun terdiri daripada penduduk sekitar dan luar kawasan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Tular sejak semalam menerusi aplikasi WhatsApp video memaparkan beberapa kereta polis serta orang awam berada atas Jambatan Raja Muda Nala yang juga dikenali sebagai jambatan ketiga Klang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.