Tak daftar masuk tempat kerja, 5 pekerja bengkel dikompaun RM7,500

Tak daftar masuk tempat kerja, 5 pekerja bengkel dikompaun RM7,500

Ia susulan pemeriksaan oleh pasukan petugas pemantauan SOP PKP di bengkel kereta itu kira-kira 11.15 pagi tadi.

Lima pekerja lelaki berusia 23 hingga 33 tahun itu tidak mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera atau buku pendaftaran yang disediakan di tempat kerja mereka. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Lima pekerja sebuah bengkel kereta di Batu Kikir, dekat Jempol, Negeri Sembilan masing-masing dikompaun RM1,500 kerana gagal mendaftar masuk ke premis kerja mereka hari ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Hoo Chang Hook berkata, pasukan petugas pemantauan SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 melakukan pemeriksaan di premis itu kira-kira 11.15 pagi tadi.

Katanya, lima pekerja lelaki berusia 23 hingga 33 tahun itu tidak mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera atau buku pendaftaran yang disediakan di tempat kerja mereka.

“Semuanya dikenakan kompaun gagal mematuhi SOP PKP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dipetik Utusan Malaysia dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.