
Berpusat di Taiping, sindiket turut memperoleh bekalan diesel menerusi pemandu lori tidak amanah, yang dipercayai mencuri bahan bakar itu daripada syarikat mereka bekerja.
Pengarah KPDN Perak Kamalludin Ismail, berkata dalam serbuan pada 1.20 pagi, semalam, serbuan menemukan 36,000 liter cecair yang disyaki diesel dalam beberapa tangki ‘intermediate bulk container’ (IBC) dan skid tank.
“Seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun yang mengaku sebagai pemandu lori didapati gagal mengemukakan sebarang surat kebenaran, lesen atau permit menyimpan barang kawalan daripada pengawal apabila diminta oleh pasukan pemeriksaan.
“Sehubungan dengan itu, satu tindakan kes telah diambil dengan menyita cecair disyaki minyak diesel sebanyak 36,000 liter, dua lori, sebuah skid tank, dan 22 tangki IBC berserta pam dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM292,840,” katanya menurut Bernama.
Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.