Bapa ‘durjana’ rogol, cabul anak hampir setiap hari sejak 12 tahun lalu diberkas

Bapa ‘durjana’ rogol, cabul anak hampir setiap hari sejak 12 tahun lalu diberkas

Suspek didakwa merogol dan mencabul anak kandungnya itu yang kini berusia 18 tahun hampir setiap hari sejak mangsa berusia enam tahun.

Suspek berusia 45 tahun yang bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas ditahan petang tadi dan akan direman esok untuk siasatan lanjut. (Gambar AFP)
PETALING JAYA:
Seorang bapa yang tergamak menjadikan anak perempuannya sebagai pemuas nafsu sejak 12 tahun lalu ditahan polis di Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Shafee Abdul Samad, berkata siasatan lanjut mendapati suspek didakwa merogol dan mencabul anak kandungnya itu hampir setiap hari sejak mangsa berusia enam tahun di rumah mereka.

Difahamkan, suspek berusia 45 tahun yang bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas ditahan pada 4.45 petang tadi dan akan direman esok untuk siasatan lanjut.

“Suspek akan direman esok bagi siasatan lanjut, kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Polis sebelum ini memburu seorang lelaki selepas anak perempuannya yang berusia 18 tahun mendakwa bapa kandungnya itu mencabulnya dalam kejadian di kediaman mereka di Taman Seri Delima, Bukit Mertajam, Selasa lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.