Hospital cari Orang Asli hilangkan diri ketika dirawat

Hospital cari Orang Asli hilangkan diri ketika dirawat

Pesakit itu turut mempunyai masalah kesihatan mental.

Asrie Anak Ramat menghilangkan diri dari Hospital Selayang pada 10.30 malam Khamis lalu.
PETALING JAYA:
Hospital Orang Asli di Gombak sedang mengesan seorang pesakit Orang Asli yang menghilangkan diri ketika dirawat di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Selayang minggu lalu.

Ia memaklumkan pesakit yang dikenali sebagai Asrie Anak Ramat, 33, dari Kampung Orang Asli Sungai Bumbum di Pulau Carey, Selangor dirujuk ke Hospital Selayang pada 5 petang 20 Mei lalu kerana masalah kesihatan mental, sebelum beliau menghilangkan diri pada 10.30 malam itu.

“Keluarga pesakit masih berada di transit Hospital Orang Asli di Gombak,” katanya dalam kenyataan.

Orang ramai yang menemui individu itu diminta menghubungi Pina di talian 011-1658 0965 atau Sharin yang juga Pengerusi Kampung Orang Asli Sungai Bumbum di talian 011-2547 7041 atau Hospital Orang Asli di Gombak 03-6189 2122.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.