Ahli Parlimen Sarawak gesa siasat VVIP didakwa potong barisan vaksin

Ahli Parlimen Sarawak gesa siasat VVIP didakwa potong barisan vaksin

Dr Kelvin Yii daripada DAP berkata, beliau menerima beberapa aduan daripada orang ramai berhubung perkara itu.

Dr Kelvin Yii berkata, beliau menerima gambar VVIP memotong barisan dan sedia berkongsinya dengan pihak berkuasa berkaitan.
PETALING JAYA:
Seorang pemimpin DAP Sarawak menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan VVIP memotong barisan di pusat vaksinasi Covid-19.

Dr Kelvin Yii berkata, beliau menerima beberapa aduan daripada orang ramai berhubung perkara itu.

Ahli Parlimen Bandar Kuching itu berkata, beliau diberitahu sesetengah daripadanya mahu mengelakkan beratur dan terus ke kaunter khas untuk orang kurang upaya.

Katanya, jika dakwaan itu benar, ia perlu ditangani segera.

“Kita tidak boleh membenarkan sebarang dwistandard dan sesiapa pun memotong barisan tanpa mengira status, terutama di kawasan yang dikhaskan untuk orang dengan keperluan khas,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menggesa Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dan Kementerian Kesihatan menyiasat dakwaan itu untuk menghentikan tindakan sedemikian.

Yii ketika dihubungi berkata, beliau menerima aduan itu daripada orang ramai sejak semalam.

“Orang ramai menghantar gambar kejadian itu kepada saya,” katanya sambil menambah beliau sedia berkongsi gambar itu dengan pihak berkuasa berkaitan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.