2 pegawai bomba langgar SOP kena tindakan tatatertib

2 pegawai bomba langgar SOP kena tindakan tatatertib

Seorang daripadanya ditahan di sekatan jalan raya kerana tidak mempunyai dokumen sah dan seorang lagi ketika menguruskan perniagaan keluarga melebihi masa di Sabah.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohammad Hamdan Wahid berkata, jabatan itu tidak akan teragak-agak mengambil tindakan disiplin terhadap pegawainya yang melanggar SOP PKP. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang pegawai kanan antara dua pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang dikenakan tindakan tatatertib kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah JBPM, Mohammad Hamdan Wahid berkata, seorang daripadanya ditahan di sekatan jalan raya kerana tidak mempunyai dokumen sah di Semenanjung dan seorang lagi ketika menguruskan perniagaan keluarga melebihi masa di Sabah.

“Anggota bomba juga seperti orang biasa yang perlu mengisi borang dengan lengkap disertakan dokumen. Mereka tidak akan dibenarkan rentas negeri, kecuali tugas rasmi, kecemasan, kematian dan kecederaan.

“Sekiranya berlaku (pelanggaran SOP), kita tidak teragak-agak mengambil tindakan disiplin ke atas pegawai berkenaan memandangkan keadaan begini (PKP) sudah begitu lama dan mustahil pegawai itu tidak memahami serta mengetahui arahan,” katanya dipetik Bernama selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JBPM Selangor.

Sementara itu, Hamdan berkata, seramai 8,296 anggota dan pegawainya di seluruh negara sudah divaksin setakat ini.

“Sehingga kini, tiada anggota yang menunjukkan kesan kritikal daripada suntikan tersebut.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.