Kes sisa haram di Bukit Pelandok, pegawai JAS disyor tindakan tatatertib

Kes sisa haram di Bukit Pelandok, pegawai JAS disyor tindakan tatatertib

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berkata hasil siasatan telah diserahkan kepada pihak berkenaan.

eaic suruhanjaya integriti agensi penguatkuasaan
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) juga akan memanjangkan hasil siasatan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mencadangkan tindakan tatatertib diambil terhadap beberapa pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) susulan aduan berhubung pengendalian satu kes pelupusan bahan terjadual secara haram di Bukit Pelandok, Negeri Sembilan.

EAIC berkata pihaknya telah selesai menjalankan siasatan ke atas aduan itu dan memutuskan hasil dan syor kepada ketua setiausaha negara , Jabatan Perkhidmatan Awam, Ketua Pengarah JAS dan Pihak Berkuasa Tataterib (PBT) JAS.

“Ia untuk tindakan tatatertib diambil terhadap Pegawai-Pegawai JAS Ibu Pejabat dan JAS Negeri Sembilan yang terbabit,” katanya dalam kenyataan.

EAIC turut memaklumkan hasil siasatan itu akan dipanjangkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi penelitian lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.