
Dalam kenyataan, TH berkata keputusan itu dibuat selepas berunding dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad.
Pengerusi TH Md Nor Yusof menyambut baik pelantikan Amrin dan yakin beliau akan dapat meningkatkan prestasi syarikat.
Md Nor turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Nik Mohd Hasyudeen atas sumbangannya sejak menyertai dana haji tersebut pada September 2019, menjadikan TH sebuah institusi Islam yang dihormati kerana prestasi dan tadbir urusnya yang baik.
Amrin membawa bersama puluhan tahun pengalaman dalam bidang korporat, memegang jawatan CEO di Natseven TV Sdn Bhd (NTV7), Sistem Televisyen Malaysia Berhad, Media Prima Berhad, Sime Darby Property Berhad, Boustead Holdings Berhad dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), yang disertainya Januari tahun ini.
Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Acadia University, Kanada dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dengan kepujian dari University of Hull, England.
Amrin juga adalah ahli Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah (CIMA), UK dan Akauntan Bertauliah Institut Akauntan Malaysia (MIA).