Cinta Tinder : Wanita ditipu RM2.8 juta oleh ‘bekas juruterbang’ AS

Cinta Tinder : Wanita ditipu RM2.8 juta oleh ‘bekas juruterbang’ AS

Mangsa mendakwa berkenalan dengan lelaki berkenaan menerusi aplikasi Tinder pada Nov 2020.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Mohd Mahidisham Ishak berkata, mangsa sedar ditipu selepas dinasihatkan oleh keluarganya dan membuat laporan polis semalam.
PETALING JAYA:
Gara-gara menggunakan aplikasi Tinder untuk mencari buah hati, seorang wanita menyerahkan hampir RM2.8 juta kepada kenalannya sebelum menyedari dia tertipu.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Mohd Mahidisham Ishak, berkata mangsa berkenalan dengan seorang lelaki dikatakan dari Amerika Syarikat (AS) menerusi Tinder pada Nov 2020.

Katanya, suspek memperkenalkan diri sebagai bekas juruterbang di sebuah syarikat penerbangan luar negara.

“Sepanjang tempoh perkenalan selama lima bulan, mangsa diminta membuat beberapa bayaran ke dua akaun syarikat tempatan bagi membiayai kursus penerbangan.

“Setelah melakukan beberapa transaksi atas permintaan suspek, mangsa yang kehabisan wang simpanan terpaksa meminta bantuan kewangan daripada ahli keluarganya untuk disalurkan bagi tujuan membantu suspek,” katanya dalam kenyataan.

Mahidisham berkata, mangsa sedar ditipu selepas dinasihatkan oleh keluarganya dan membuat laporan polis semalam.

Beliau turut memaklumkan, sepanjang tahun lalu pihaknya membuka 72 kertas siasatan melibatkan sindiket “Love Scam” berbanding 42 pada 2019.

“Data menunjukkan kebanyakan mangsa adalah wanita berusia dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun dan merupakan golongan berpendidikan serta bekerjaya,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.