Penghantar makanan maut dihempap pokok

Penghantar makanan maut dihempap pokok

Mangsa yang berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian.

Keadaan motosikal mangsa yang remuk selepas dihempap pokok dalam keadaan hujan lebat petang tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang penghantar makanan berusia 20 tahun maut selepas dihempap pokok tumbang ketika hujan lebat di Taman Len Seng, Cheras petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira 4.19 petang.

Lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras dikejarkan ke tempat kejadian, tetapi mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

“Sebaik tiba di lokasi pada 4.28 petang, kita dapati mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

“Pada masa sama, pasukan bomba turut memotong dan mengalihkan pokok tumbang, seterusnya memastikan kawasan itu dalam keadaan selamat,” katanya dipetik Utusan.

Terdahulu, video dan gambar orang ramai membawa mangsa ke arah Petronas dalam keadaan hujan lebat sebelum dibaringkan di pekarangan stesen minyak itu tular di media sosial.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.