
“Kami berharap kementerian menyedari betapa pentingnya doktor gigi swasta disuntik vaksin secepat mungkin akibat risiko pendedahan secara harian,” kata Presiden MPDPA Dr P Mahendran dalam kenyataan.
Katanya, ramai doktor gigi swasta di seluruh negara masih belum dipanggil untuk menerima suntikan, seterusnya persatuan bimbang ini disebabkan kementerian kesihatan sukar mengenal pasti mereka.
Mahendran berkata, ini juga mungkin disebabkan doktor gigi swasta mendaftar untuk divaksin menerusi aplikasi MySehjatera seperti orang lain.
Menurutnya, persatuan itu maklum bahawa pejabat kesihatan daerah belum menerima senarai pengamal gigi swasta didaftarkan di bawah MPDPA yang sepatutnya divaksin walaupun senarainya telah dihantar bulan lalu.