
Simon Siah berkata pindaan sedemikian tidak patut dibuat secara sedikit demi sedikit tetapi mestilah holistik bagi menurunkan kuasa membuat keputusan daripada persekutuan kepada negeri.
Selaras dengan pindaan itu, bilangan wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak ke Parlimen juga harus ditambah, katanya kepada FMT.
Siah menjelaskan takrif “persekutuan” dalam Perkara 160(2) merujuk kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, yang tidak termasuk Sabah dan Sarawak.
“Jadi hujah pihak negara adalah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) harus dimasukkan dalam Perkara 160(2) bagi betul-betul mencerminkan kedudukan persekutuan,” katanya.
Menurut MA63, Sabah dan Sarawak adalah rakan setaraf Tanah Melayu.
Namun begitu, sekalipun kerajaan mahu meminda perkara ini dengan segera, ia bukanlah kerja mudah.
“Hal ini perlu kejelasan yang lebih baik sebelum pindaan dicadangkan,” katanya.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berkata kerajaan komited untuk memulihkan status Sabah dan Sarawak menurut MA63, dan berjanji akan meminda Perkara 160(2) bagi tujuan itu.
Bagaimanapun, kerajaan pimpinan Perikatan Nasional mungkin tidak akan dapat memenuhi permintaan itu kerana ia perlukan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat untuk meminda Perlembagaan.