1,300 kes baharu Covid-19, Sarawak catat jangkitan tertinggi

1,300 kes baharu Covid-19, Sarawak catat jangkitan tertinggi

Sarawak mencatatkan 385 kes baharu hari ini, menurut Dr Noor Hisham Abdullah.

PETALING JAYA:
Sejumlah 1,300 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kata beliau dalam catatan di Facebook, daripada jumlah tersebut, 1,276 adalah jangkitan tempatan manakala 24 lagi kes import.

Jumlah ini menjadikan angka kumulatif jangkitan di Malaysia sebanyak 353,329 kes.

Dengan 385 kes, Sarawak mencatatkan jumlah kes tertinggi, diikuti oleh Selangor (242), Kelantan (126), Sabah (112) dan Pulau Pinang (110).

Selain itu, Johor mencatatkan 98 kes, manakala Kuala Lumpur 87 kes, Perak (61), Kedah (27), Negeri Sembilan (14), Pahang (11), Terengganu (9), Labuan (8), Melaka (7), dan Putrajaya (3).

Tiada kes baharu dicatatkan di Perlis hari ini.

Dr Noor Hisham juga melaporkan sebanyak 1,412 kes pulih, menjadikan jumlah kumulatifnya 337,868, iaitu 95.6%.

Seramai 14,161 pesakit masih dirawat, dengan 189 di unit rawatan rapi (ICU) dan 88 memerlukan bantuan alat pernafasan, kata beliau.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.