
Dipercayai, lelaki itu sedang berusaha untuk melarikan diri daripada ditangkap kerana memiliki beberapa peket syabu.
Terdahulu, suspek berusia 44 tahun, yang memandu kereta Mitsubishi Lancer, terlibat dalam aksi kejar-mengejar berkelajuan tinggi dengan polis di kawasan bandar berkenaan.
Sebuah video viral yang dipercayai menunjukkan kejadian itu, memaparkan polis beberapa kali menembak tayar kereta suspek dan menjerit kepadanya untuk turun dari kenderaannya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan, Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, kejar-mengejar itu berlaku ketika suspek tiba-tiba memecut setelah mengesan sebuah kereta peronda polis pada 9.30 malam.
Beliau berkata, kereta itu terkandas di kawasan sesak, dan kerana terdesak mahu melarikan diri, suspek bertindak merempuh kenderaan penguat kuasa Perbadanan Labuan.
“Polis cuba menangkap lelaki itu tetapi dia mengundurkan keretanya ke arah kenderaan peronda polis dan sebuah lagi kereta milik penguat kuasa Perbadanan Labuan di belakang,” katanya.
“Kami terpaksa menembak tayar depan untuk menghentikan kereta itu,” kata Ibrahim.
Seorang anggota polis cedera ketika cuba memberhentikan kereta tersebut.
Suspek kemudian berjaya ditangkap dengan dadah di dalam keretanya.
Suspek dijangka akan didakwa kerana memiliki dadah dan cuba mencederakan anggota polis yang bertugas.