
Dalam satu kenyataan semalam, syarikat itu memaklumkan ini susulan kerja-kerja siasatan forensik di tapak pembinaan berkenaan oleh JKKP yang telah selesai pada Rabu.
“Proses pengalihan dan pembaikan yang rumit ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu, tertakluk kepada tarikh kelulusan yang diperoleh.
“Ini mengambil kira segala proses teknikal, penyataan kaedah kerja, cuaca dan aspek-aspek keselamatan serta keadaan struktur sedia ada untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut,” menurut kenyataan itu.
Pemerhatian yang teliti harus dilakukan bagi memastikan keselamatan pekerja yang terlibat di tapak binaan serta penduduk, terutamanya yang tinggal di Kondominium Puncak Banyan, katanya.
Kerja-kerja yang akan dilaksanakan juga melibatkan jurutera perunding profesional serta pihak berkuasa seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), JKKP serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
Pada Isnin, tiga pekerja warga China maut manakala seorang pemandu tempatan cedera parah berikutan kejadian satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan lebuh raya itu.