Azhar Abdul Hamid letak jawatan sebagai Pengerusi FGV mulai 1 April

Azhar Abdul Hamid letak jawatan sebagai Pengerusi FGV mulai 1 April

Azhar, 59, yang menyertai syarikat itu pada 2017, meletak jawatan untuk meneruskan kepentingan beliau yang lain.

Azhar Abdul Hamid menyertai syarikat itu pada 2017.  (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Datuk Wira Azhar Abdul Hamid akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif FGV Holdings Bhd berkuat kuasa 1 April depan

FGV dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata Azhar, 59, yang menyertai syarikat itu pada 2017, meletak jawatan untuk meneruskan kepentingan beliau yang lain.

“Semasa perubahan pengurusan dalam FGV, beliau juga berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif interim dari Oktober 2018 hingga akhir Januari 2019,” kata pengeluar minyak sawit mentah itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.