
Presiden Supramaniam Shanmugam berkata permintaan dunia jauh lebih tinggi berbanding bekalan dan “kami melihat trend ini akan berterusan bukan hanya pada 2021 tetapi sehingga 2022,” katanya, dan menambah sebanyak 13,318 sarung tangan digunakan setiap saat.
Dalam taklimat media maya, beliau yakin sasaran hasil eksport RM38 bilion akan tercapai.
Supramaniam berkata pengilang akan secara berterusan mempertingkat dan memperbaik standard pematuhan sosial mereka agar mendahului persaingan.
“Sukacita dimaklumkan hasilnya setakat ini hebat sungguh dan kami akan terus memastikan sarung tangan yang kami hasilkan ini terbiodegradasikan, mapan, dan mesra alam,” katanya.
Beliau menambah penyelidikan dan pembangunan amat penting bagi kejayaan yang berterusan dengan tumpuan pada produk yang memenuhi keperluan industri dan berdaya maju dari segi komersial.
“Kami rasa bangga kerana berada pada kedudukan yang jauh meninggalkan pesaing kami.”
Dengan norma baharu akibat Covid-19, Supramaniam berkata permintaan untuk sarungan tangan akan teguh.