SPRM Johor siasat catatan FB dakwa Ahli Parlimen ditawar RM10 juta untuk lompat

SPRM Johor siasat catatan FB dakwa Ahli Parlimen ditawar RM10 juta untuk lompat

Kertas siasatan dibuka bagi mengesahkan dakwaan di laman Facebook, Ops Johor.

Pengarah SPRM Johor Azmi Alias berkata beberapa saksi telah dikenal pasti dan tindakan mengesan dan merakam percakapan sedang dijalankan.
JOHOR BAHRU:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor membuka kertas siasatan bagi mengesahkan dakwaan di suatu laman Facebook mendakwa Ahli Parlimen ditawarkan RM10 juta untuk berhijrah menyokong parti lain.

Pengarah Azmi Alias berkata dakwaan itu disebut dalam catatan Ops Johor.

“Beberapa saksi yang terlibat telah dikenal pasti dan tindakan mengesan dan merakam percakapan sedang dijalankan,” katanya.

Azmi menggesa semua pihak tidak membuat spekulasi berhubung perkara ini sehingga siasatan selesai dijalankan.

“Sekiranya mana-mana pihak yang mempunyai apa-apa bukti atau keterangan baru sila hubungi SPRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sebelum ini, SPRM berkata Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail, menafikan dakwaan tawaran rasuah RM10 juta oleh dua individu bagi tujuan memujuknya melompat parti.

Menurut SPRM, Natrah dalam pertemuan dengan badan antirasuah itu mengesahkan tiada tawaran untuk menyogoknya supaya memberi sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Dalam pertemuan tersebut, Natrah mengesahkan bahawa tiada tawaran rasuah berjumlah RM10 juta sebagaimana yang didakwa menerusi kenyataan di akaun Facebook dikenali sebagai Ops Johor,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.