Naib presiden Upko sertai STAR

Naib presiden Upko sertai STAR

Penyertaan Lucas ke dalam STAR disiarkan secara langsung menerusi Facebook.

Jeffrey menyematkan lencana STAR di baju Lucas sebagai simbolik bekas naib presiden Upko itu menyertai parti pimpinannya.
KOTA KINABALU:
Naib Presiden Upko, Lucas Umbul hari ini, mengumumkan beliau dan beberapa ahli parti itu menyertai STAR.

Penyertaan Lucas ke dalam STAR disiarkan secara langsung menerusi Facebook dengan presiden parti, Jeffrey Kitingan turut kelihatan dalam majlis berkenaan.

“Ia (menyertai STAR) tiada paksaan, ia adalah kerelaan kami untuk menyertai STAR yang dipimpin Jeffrey.

“Kami mahu membantu STAR berkembang di Tenom, bukan saja dalam kalangan Orang Asal tetapi juga masyarakat keseluruhannya tanpa mengira latar belakang agama dan sebagainya,” kata Lucas dalam ucapannya sempena majlis itu.

Lucas yang sebelum ini turut memegang jawatan ketua bahagian Upko Tenom menjadi calon parti itu di kerusi Kemabong pada pilihan raya negeri (PRN) lalu.

Bagaimanapun, beliau tewas kepada calon Bebas, Rubin Balang dalam pertandingan enam penjuru.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.