eCurve tak ditutup, tapi dibangun semula

eCurve tak ditutup, tapi dibangun semula

Pengurusan pusat beli-belah itu berkata, pembangunan semula itu sejajar rancangan 'rejuvenasi bandar' syarikat itu.

Penyewa eCurve dimaklumkan mengenai penutupan mulai 31 Mac ini pada pertengahan bulan ini. (Gambar Ecurve)
PETALING JAYA:
Pusat beli-belah eCurve di Mutiara Damansara tidak akan ditutup secara kekal, sebaliknya ia hanya ditutup sementara untuk pembangunan semula.

Pengurusan pusat beli-belah itu berkata, pembangunan semula itu sejajar rancangan “rejuvenasi bandar” syarikat itu.

“Kami ingin menyatakan rancangan pembangunan semula itu tidak membabitkan The Curve, yang akan terus beroperasi seperti biasa.

“Kami sudah mengambil langkah sewajarnya untuk berhubung dengan penyewa kami di eCurve melalui komunikasi lisan dan bertulis bagi memastikan peralihan ini berjalan lancar buat semua pihak terbabit,” katanya dalam kenyataan.

Pusat beli-belah eCurve dilaporkan akan ditutup secara kekal mulai 31 Mac ini, selepas penyewanya dimaklumkan mengenai penutupan itu pada pertengahan bulan ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.