
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Mohd Padzli Mohd Zain berkata, polis mengeluarkan saman dan merampas basikal berkenaan susulan penahanan pada jam 3 petang itu.
Beliau berkata Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS mengeluarkan 10 saman Pol 257 di bawah peraturan 42(1)(a) LN 166/59 dan kesemua basikal dirampas di bawah Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya semua mereka dibenarkan pulang selepas ibu bapa masing-masing dipanggil oleh Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD JBS bagi tujuan dokumentasi.
“Ibu bapa mereka juga sudah dinasihati supaya mengambil tahu kegiatan anak-anak mereka ketika berada di luar rumah sebelum mereka dibenarkan pulang,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.