
PETALING JAYA: Ketua Polis Pahang, Abd Jalil Hassan dilantik untuk menerajui pasukan polis Selangor.
Urus Setia Ketua Polis Negara dalam kenyataan berkata, pelantikan itu berkuat kuasa 1 Mac ini.
Jawatan ketua polis Selangor kosong selepas penyandangnya, Noor Azam Jamaludin bersara wajib 15 Dis tahun lalu, dan jawatan itu dipangku Timbalannya, Arjunaidi Mohamed buat sementara.
Jalil dilantik sebagai ketua polis Pahang sejak 12 Ogos 2019.