Cuba sogok polis RM200 untuk permit rentas negeri

Cuba sogok polis RM200 untuk permit rentas negeri

Buruh warga asing silap langkah cuba beri rasuah semata-mata mahu lawat kawan di ibu negara.

Alasan diberikan suspek untuk melawat kawan dianggap dianggap urusan tidak penting, kata polis.
KUANTAN:
Seorang buruh binaan warga asing ditahan selepas didakwa cuba memberi rasuah RM200 kepada anggota polis bagi mendapatkan permit merentas negeri di Balai Polis Bukit Tinggi, Bentong kira-kira 207 kilometer dari sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata suspek lelaki berumur 28 tahun itu didakwa datang ke balai tersebut sekitar 9.40 pagi bagi memohon permit perjalanan dari Bentong ke Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun permohonan itu ditolak difahamkan kerana alasan ingin bertemu rakan yang diberikan suspek bukanlah satu urusan penting untuk membolehkan dia diberikan kelulusan.

“Suspek dikatakan telah mengeluarkan dua keping wang tunai RM100 untuk diberikan kepada ketua balai dan tiga anggota yang bertugas selepas dimaklumkan permohonan itu ditolak,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Zaiham berkata suspek ditahan dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Raub bagi tindakan selanjutnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.