
“Jika anda tahu sesiapa sahaja di sekeliling anda yang mempunyai anak tidak dapat mengikuti pembelajaran ‘online’ kerana tiada telefon di rumahnya, anda boleh mencalonkan mereka untuk bantuan telefon daripada YTL Foundation.
“Program ini bermula sejak 2020 dan kini dipanjangkan sehingga 30 Jun 2021. Sesiapa sahaja boleh mencalonkan, syaratnya mudah mestilah keluarga B40, menerima bantuan BPN (Bantuan Prihatin Nasional),” katanya dalam kenyataan.
Pemberian telefon percuma itu mula diperkenal April 2020 oleh Yayasan TYL dengan kerjasama YTL Communications kepada pelajar daripada keluarga B40.
Setiap telefon pintar itu akan dilengkapi kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data sebanyak 120GB bagi tempoh setahun.