
Sejak sekian lama, rakyat Malaysia melihat betapa pentingnya untuk mendapatkan pendidikan tahap tertiari demi menjamin kerjaya yang stabil dan berfaedah.
Bagaimanapun, satu kaji selidik oleh Jabatan Perangkaan baru-baru ini membayangkan bahawa sentimen berkenaan mengalami sedikit perubahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Sehingga 72% lepasan SPM lebih cenderung terus mencari rezeki dalam pasaran kerja, sama ada sebagai pempengaruh dalam talian, pemandu kenderaan e-panggilan, atau menjadi penghantar makanan, berbanding mahu melanjutkan pelajaran.
Lepasan sekolah pada hari ini lebih mementingkan keperluan asas seperti makanan dan sewa rumah berbanding melanjutkan pendidikan di peringkat lebih tinggi, disebabkan kos kehidupan yang semakin meningkat.
Bagaimanapun, mereka yang melepaskan peluang pendidikan pada peringkat itu sebenarnya berkemungkinan mendedahkan diri kepada kesukaran kewangan secara jangka panjang, dengan kekurangan pilihan dari segi kerjaya mampan dan kukuh, akibat ketiadaan kemahiran mahupun ilmu teknikal.

Sekiranya trend ini berterusan, Malaysia akan menghadapi masalah signifikan dari segi kekurangan bilangan pekerja berkemahiran tinggi dalam pasaran kerja kita.
Ini seterusnya mampu menyebabkan Malaysia “kalah” dari segi daya saing global dalam pelbagai industri berbanding rakan Asia Tenggara kita, seterusnya menyukarkan lagi prospek ekonomi jangka panjang Malaysia.
Memacu peralihan Malaysia ke arah pembelajaran dalam talian
Open University Malaysia (OUM) menyedari keadaan unik dihadapi golongan Malaysia pada masa ini.
Bagaimanapun, Presiden/Naib Canselor Profesor Madya Dr Ahmad Izanee Awang memberi amaran bahawa memilih penyelesaian jangka pendek untuk mengatasi masalah kewangan hanya akan memberikan kesan baik untuk tempoh terdekat.
“Masa depan tidak tentu; pekerjaan melibatkan penghantaran makanan, e-panggilan atau media sosial mungkin ‘gaya’ terkini, tetapi ini tidak akan kekal selamanya,” katanya.
“Apa lebih penting adalah untuk golongan muda Malaysia membuat persediaan demi menghadapi masa depan yang lebih tidak menentu kelak. Pasti akan ada peluang baharu di masa depan, jadi mereka perlu memiliki kelayakan sebaiknya untuk memastikan peluang kerjaya menguntungkan bila tiba masanya.”
Dengan kepakaran selama 22 tahun sebagai institusi pendidikan dalam talian premier Malaysia, OUM menyasarkan untuk menjadikan pendidikan tertiari lebih mudah dan fleksibel buat semua.

Dengan program dalam talian penuh ditawarkan, OUM menawarkan peluang untuk individu bekerja mendapatkan pendidikan peringkat tertiari tanpa perlu mengorbankan kerjaya mereka.
Semua programnya direka khas untuk menyenangkan interaksi pelajar-pengajar secara dalam talian, selain perbincangan sesama rakan yang mudah lagi intuitif.
Dianjurkan menerusi platform e-pembelajaran universiti itu, myINSPIRE, e-pembelajaran segerak, e-tutorial dan forum dalam talian interaktif memberi peluang untuk pelajar bertanya soalan selain berkongsi pandangan mengenai bahan kursus.
Sesiapapun berusia antara 17 hingga 20 tahun boleh mendaftar untuk program diploma, sesuatu yang boleh dipertimbangkan pekerja gig kerana hanya memerlukan 90 jam kredit berbanding 120 jam kredit diperlukan bagi ijazah sarjana muda.
“Ini memberikan mereka lebih masa untuk mencari rezeki dalam ekonomi gig, sambil mendapatkan diploma untuk tempoh sesingkat kira-kira tiga tahun,” katanya.
Izanee, yang menerajui OUM awal tahun ini, juga percaya bahawa kaedah pendaftaran alternatif dan pilihan pengecualian kredit mampu membawa perbezaan untuk ramai golongan muda negara ini.
Golongan berusia lebih 21 tahun yang telahpun berada dalam pasaran kerja pula berpeluang menggunakan Akreditasi Pembelajaran berdasarkan Pengalaman Terdahulu (APEL).
Secara lebih khusus, APEL-A dan APEL-C masing-masing membolehkan orang ramai memasuki program akademik menerusi kemahiran diperoleh daripada pekerjaan, dan memohon sehingga 30% pengecualian kredit.
Selain itu, APEL-Q membolehkan individu terus melepasi pembelajaran sebaliknya memperoleh kelayakan akademik penuh berdasarkan penilaian pengalaman kerja mereka. OUM adalah antara hanya enam institusi yang kini diberi lesen untuk menawarkan APEL-Q di Malaysia.
Dengan sistem yang intuitif dan fleksibel, pembelajaran di OUM memberikan laluan mampan untuk pelajar meneruskan pendidikan sambil mencari rezeki, seterusnya membolehkan mereka membina masa depan cerah dan berjaya untuk diri sendiri dan Malaysia.
Untuk maklumat mengenai program OUM, hubungi talian line 03-7801 2000, hantarkan emel kepada [email protected] atau layari laman web mereka.
jQuery(document).ready(function(){
jQuery(“[id*=’div-gpt-ad-‘],iframe[width|=1]”).remove();
const interval = setInterval(function() {
jQuery(“[id*=’div-gpt-ad-‘],iframe[width|=1]”).remove();
}, 3000);
})