SPM 2020 diteruskan, sesi lain bagi kes tertentu

SPM 2020 diteruskan, sesi lain bagi kes tertentu

Calon yang tidak sihat atau dikuarantin tetapi sudah mendaftar untuk SPM 2020 akan menduduki peperiksaan itu selepas sihat atau selesai kuarantin.

PETALING JAYA:
Kementerian Pendidikan mengumumkan Sijik Peperiksaan Malaysia bagi tahun 2020 akan diteruskan pada 22 Feb ini, di sebalik gesaan pelbagai pihak yang mahu peperiksaan awam utama itu dibatalkan selepas beberapa pelajar dijangkiti Covid-19.

Ketua Pengarah Pendidikan, Habibah Abdul Rahim, berkata tiada peperiksaan alternatif untuk menggantikan SPM.

Ini kerana standard SPM semasa diiktiraf Cambridge sebagai setanding peperiksaan ‘O-level’ antarabangsa, katanya pada sidang media hari ini.

Katanya, pelajar yang sihat, yang tidak dikuarantin, bukan kontak rapat, atau positif Covid-19 mesti menduduki peperiksaan itu seperti biasa.

Calon yang tidak sihat atau dikuarantin tetapi sudah mendaftar untuk SPM 2020 akan menduduki peperiksaan itu selepas sihat atau selesai kuarantin.

Katanya, mereka boleh menduduki mana-mana kertas peperiksaan yang terlepas pada sesi lain, yang akan diumumkan kementerian kelak.

Mereka juga akan diuji dengan kertas peperiksaan baharu.

Katanya, peperiksaan tidak akan ditunda kecuali atas sebab yang tidak boleh dielakkan.

Sementara itu, mengulas kebimbangan pelajar dan ibu bapa, beliau berkata kementerian menetapkan SOP dan garis panduan kesihatan dan keselamatan yang ketat untuk sekolah dan pelajar.

Pelajar dikehendaki mematuhi garis panduan itu dan ibu bapa perlu membantu anak-anak mereka demi kesihatan dan keselamatan.

Ini akan memastikan pelajar mesti bersedia untuk peperiksaan dan sihat untuk mengambilnya, katanya.

Mengulas mengenai kes positif dalam kalangan pelajar, katanya belum ada kes yang timbul daripada pelajar hadir ke sekolah.

Beliau menjelaskan jangkitan setakat ini dijangkiti dalam kalangan komuniti masing-masing, dan tiada kluster sekolah awam.

Bagi peperiksaak akan datang, pelajar dikehendaki mematuhi SOP sebelum, semasa, dan selepas mengambil peperiksaan di dewan.

SOP sudah teruji dalam peperiksaan ulangan SPM tahun lepas, dan tiada calon didapati positif Covid-19 selepas menduduki peperiksaan tahun itu.

Namun begitu, SOP bagi SPM akan datang akan lebih ketat memandangkan bilangan calon yang lebih tinggi, katanya.

Sementara itu, kementerian tidak akan merendahkan pemarkahan untuk peperiksaan SPM di sebalik seruan daripada pelbagai pihak yang khuatir kerana pengajaran dan pembelajaran terjejas kerana wabak.

Habibat berkata sebarang perubahan pada pemarkahan akan memberi kesan pada pengiktirafan kepada kelayakan SPM.

Kementerian mengalakkan pelajar supaya menghadiri kelas dalam tempoh ini supaya mereka boleh bersedia untuk peperiksaan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.